Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 1, 2009

Resipi Tart nenas

Tahun nih berazam nak buat sendiri kuih tart.. tahun lepas lgsung x de kuih tart..so ingat tahun nih nak buat 2 minggu awal and the best ialah i bought my own oven semalam baru beli dengan b kat Giant Putra Height... so berangan2 nk buat next weekend la.. okiesla fren kat bawah nih ada resepi kuih tart nanas..so bolehla try resipi nih... :

Tart nenas

Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)
1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur1 sudu teh garam,
essen vanilla dan pewarna kuning telur.

Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:
Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan.
Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. kata letak susu cap gantung...eh...eh salah...susu tepung...xdok pun

    ReplyDelete